Subscribe:

Ads 468x60px

Featured Posts

  • CPU

    CPU adalah singkatan dari Central Processing Unit, iaitu perkakasan komputer (harware) yang bertugas melaksanakan perintah dan memproses data dari perisian. Sering disebut sebagai pemproses, atau otaknya komputer. CPU itu sendiri adalah komponen dalaman komputer. CPU bentuknya kecil dansegi empat sama, mengandungi beberapa penyambung logam pada bahagian bawahnya untuk dimasukkan terus ke soket CPU pada motherboard

  • kepentingan kipas prosessor

    Sudah tentu kipas processor adalah sangat penting kepada processor. Sehinggakan kini telah ada “teknologi penyejuk processor menggunakan air” bagi menggantikan kipas processor ini. Masih tujuan yang sama iaitu untuk menyejukkan processor.

  • Tip penjagaan komputer

    ketahui tip untuk menjaga laptop dah komputer anda

Monday, 9 September 2013

ictl 10 september 2013

link untuk bahan https://www.dropbox.com/sh/suipbnb1pg3td1x/hMWqZ2nJ7q

Sunday, 20 November 2011

tip untuk melajukan komputer

5 tip melajukan PC atau Laptop anda 

Assalamualaikum
Salam sejahtera kepada semua peminat teknologi perkomputeran :) . Post kali ini ada di antara anda semua tahu cara melajukan komputer mengikut pengetahuan masing2. Apakata, kali ini saya senaraikan 7 cara atau petua melajukan pc @ laptop anda. Dibawah merupakan antara teknik popular yang selalu di gunakan oleh orang2 kebanyakan macam kita.
  1. Defragment : Fungsi utama defragment ialah menyusun fain mengikut kelasnya. Selalunya fail yang kita simpan di dalam hardisk akan disusun secara rawak dan berterabur. Selepas kita defrag hardisk, segala file yang ada, akan disusun mengikut kelas dan jenisnya. Boleh la juga andaikan seperti, stor rumah kita yang berterabur, apabila kita kemas, akan ada ruang yang boleh ditambah, lebih selesa digunakan. Defragment Tool, mempunyai 2 jenis. Percuma dan berbayar. Tool yang percuma anda boleh aksesnya pada Start-All Program-Accessories-System Tool.  Jika anda boring menggunakan versi yang sedia ada, apakata anda mendownload secara percuma software defrag yang ada di internet.  Antaranya ialah  Defraggler, Auslogics, Mydefrag. Versi berbayar pula, mempunyai lebih banyak fungsi dan pilihan, selain itu ianya lebih laju dalam defrag hardisk anda. antaranya: i-Diskeeper,  ii-Defrag Professional, iii-Perfect Disk 10, iv-Tune Up Utilities. banyak lagi yang boleh anda cari jika gunakan keyword ini (Defrag software). Rajin2 lah Googeling :) .disk keeperTune up Utilities

tip penjagaan komputer


Tip Penjagaan Komputer Riba

Bateri
  • Elak daripada pengunaan bateri dan digalakkan untuk menggunakan kuasa terus dari punca elektrik.
  • Komputer riba lebih sejuk tanpa haba dari bateri.
  • Jika bateri sudah habis di cas, di galakkan menggunakan kuasa dari adapter.
  • Pastikan bateri berada di bawah 10 peratus sebelum di caj semula.
  • Jika terlalu kerap dicas, bateri akan hilang keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 peratus.
Papan Kekunci
  • Letak sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya untuk menghindar papan kekunci dimasuki habuk.
  • Sesekali lapkan papan kekunci dengan perlahan-lahan.
  • Jangan terlalu kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak.
  • Gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan supaya tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di komputer riba.

Add Ons IDM untuk Mozilla Firefox 7

Add Ons IDM untuk Mozilla Firefox 7

pada kali in saya akan membincangkan tentang cara mengintegrasikan add ons IDM untuk Mozilla Firefox 7. Selalunya saya ada terbaca soalan tentang bagaimana cara memasang atau mengintegrasikan add-ons IDM (Internet Download Manager) untuk Mozilla Firefox 7? Atau bagaimana penyelesaian agar add-ons IDM boleh dijalankan di Mozilla Firefox 7? Dan saya ada terjumpa j kenyataan yang menulis bahawa add-ons IDM tidak support di Mozilla Firefox 7. Berdasarkan dari pengalaman tersebut, maka cara untuk mengintegrasikan add-ons IDM dengan Mozilla Firefox 7 atau cara memasang add-ons IDM Mozilla Firefox 7

FUNGSI KAD GRAFIK

Teknologi Kad Grafik

Kad grafik yang menyambungkan papan induk (motherboard) kepada monitor
Monitor merupakan satu antaramuka di mana komputer akan bekomunikasi dengan penggunanya. Kad grafik yang menyambungkan papan induk (motherboard) kepada monitor juga memainkan peranan penting bagi mendapatkan paparan yang menarik.
Ketika komputer peribadi mula popular, sistem bas ISA adalah sistem bas yang digunakan di mana paparan monokrom (satu warna) sahaja boleh didapati dengan menggunakan kad Monochrome Display Adapter (MDA) manakala paparan warna pula menggunakan kad Color Graphics Array (CGA). Paparan CGA hanya boleh memaparkan empat warna sahaja (2 bit data) pada resolusi 320x200 dengan kelajuan 60Hz yang memerlukan 128,000 bit data atau leih kurang 937 kbps.

Kini sistem bas adalah lebih laju dan lancar seperti PCI Peripheral Component Interconnect) dan AGP (Accelerated Graphics Port) telah muncul. Maka paparan grafik yang dihasilkan adalah lebih baik dan jelas. Sistem bas AGP sahajalah yang digunakan untuk mengendalikan aliran data-data grafik daripada papan induk kepada monitor.

fungsi motherboard

Fungsi Motherboard dan Panduan Pemilihan Motherboard
Pengertian Motherboard dan Fungsi Motherboard
Motherboard ataupun mobo ialah papan litar elektronik yang berfungsi untuk menghubungkan semua perkakasan komputer yang dipasang padanya. Dengan kata lain, fungsi motherboard ialah sebagai pusat semua perkakasan komputer agar semua perkakasan komputer dapat berhubung diantara satu sama lain. Sebagai contoh; processor,ram, optical drive, mouse, keyboard, monitor dan semua perkakasan komputer dipasang dan dihubungkan menggunakan motherboard.
Terdapat berbagai-bagai jenama dipasaran contohnya ASUS, Gigabyte, Foxconn, Abit, Biostar dan lain-lain lagi. Harganya pula berbeza mengikut jenama, chipset, built-in ports, built-in graphics, slot dan lain-lain. Terpulang kepada pengguna untuk membeli yang mana sesuai dengan keperluan masing-masing.
Namun, pembeli mestilah peka dengan ciri-ciri “compatible” dan mengikut arus teknologi semasa. Sekiranya pembeli tersilap memilih motherboard yang sesuai, maka pembeli akan menanggung risiko kerugian. Lebih malang lagi sekiranya motherboard tersebut tidak compatible dengan hardware komputer yang lain, maka motherboard tersebut tidak dapat digunakan. Walaupun biasanya motherboard mempunyai jaminan setahun, tetapi kesilapan memilih motherboard tidak termasuk didalam jaminan ini.

Saturday, 19 November 2011

CARA UNTUK MAKSIMUN DAN MENJIMATKAN KUASA BETERI

Tips Memaksimunkan dan Menjimatkan Penggunaan Bateri Laptop


1. Turunkan kecerahan skrin laptop anda. Untuk mengurangkan anda boleh setkan pada menu “brightness” pada laptop anda.



2. Disable keyboard backlighting khususnya untuk produck Macintosh yang mana anda perlu cari menu keyboard tab.




3. tetapkan Energy Saver untuk mengurangkan putaran hardisk. Buka control panel pilih power option dan setkan mengikut keperluan anda