5 tip melajukan PC atau Laptop anda
Assalamualaikum
Salam sejahtera kepada semua peminat teknologi perkomputeran . Post kali ini ada di antara anda semua tahu cara melajukan komputer mengikut pengetahuan masing2. Apakata, kali ini saya senaraikan 7 cara atau petua melajukan pc @ laptop anda. Dibawah merupakan antara teknik popular yang selalu di gunakan oleh orang2 kebanyakan macam kita.
- Defragment : Fungsi utama defragment ialah menyusun fain mengikut kelasnya. Selalunya fail yang kita simpan di dalam hardisk akan disusun secara rawak dan berterabur. Selepas kita defrag hardisk, segala file yang ada, akan disusun mengikut kelas dan jenisnya. Boleh la juga andaikan seperti, stor rumah kita yang berterabur, apabila kita kemas, akan ada ruang yang boleh ditambah, lebih selesa digunakan. Defragment Tool, mempunyai 2 jenis. Percuma dan berbayar. Tool yang percuma anda boleh aksesnya pada Start-All Program-Accessories-System Tool. Jika anda boring menggunakan versi yang sedia ada, apakata anda mendownload secara percuma software defrag yang ada di internet. Antaranya ialah Defraggler, Auslogics, Mydefrag. Versi berbayar pula, mempunyai lebih banyak fungsi dan pilihan, selain itu ianya lebih laju dalam defrag hardisk anda. antaranya: i-Diskeeper, ii-Defrag Professional, iii-Perfect Disk 10, iv-Tune Up Utilities. banyak lagi yang boleh anda cari jika gunakan keyword ini (Defrag software). Rajin2 lah Googeling .
- Startup : Setiap kali kita hidupkan komputer, kadang2 ianya mengambil masa yang agak lama sebelum kita dapat menggunakannya. Software pada Startup banyak memberikan effect kepada prestasi kelajuan komputer yang digunakan. Semakin banyak software yang digunakan, maka semakin banyak icon yang akan terpapar di Startup Tray. Perhatikan penjuru bawah sebelah kanan skrin komputer anda, jika icon banyak, maka, perlulah melakukan sedikit optimasi. 1 – Klik Start dan kemudian Run. 2 – Taipkan MSCONFIG dan klik OK 3 – (disini anda ada beberapa pilihan, cadangan saya) klik pada Selective Startup, uncheck atau jangan tandakan pada Load Startup Items dan klik OK. ataupun, anda pilih tab Startup jangan tandakan software yang anda tidak perlukan dan tidak mahu ianya muncul di tray. Selepas selesai, semua setting yang kita optimasikan, akan berfungsi selepas reboot.
- Cleaning Tool : PC atau Laptop kita juga perlu dibersihkan dengan kerap. Tempat2 yang selalu dipenuhi dengan perkara yg tidak diperlukan selalunya ialah recycle bin, temporary folder, cookies, history, recntly type URL, index .Dat file, download location, form history, recent document dan banyak lagi tempat yang sememangnya agak teknikal juga dibuat secara manual. selalunya kita hanya kosongkan recycle bin sahaja. Kali ini saya cadangkan anda gunakan software percuma yang sangat bagus ini, Download Ccleaner, install dan mulakan proses “mencuci” Machine anda secara optimum. Sila rujuk screen shot di bawah cara mengendalikannya.
- Tutup Sofware tak digunakan: Run services.msc di pc anda. Selepas itu akan keluar list tentang application dan sotware yang berfungsi dan tidak di pc anda. tutup atau offkan mana2 yang anda rasa tidak digunakan. Awas, pastikan anda benar2 fahan dengan software yang anda hendak tutupkan tersebut. jika anda ragu2 biarkan. Jangan diusik apa2. Pilihan lain ialah Uninstall software yang anda rasakan tidak digunakan. Pergi ke Control Panel-add or remove program. Saya sendiri pun, jarang menggunakan Services.msc kerana ada application yg saya sendiri tidak faham kegunaannya. jadi, lebih selamat, kita buat apa yang kita tahu dan faham.
- Upgrade Bios n Driver : Saya tidak sarankan anda jika tidak mahir dengan perkara teknikal melakukan upgrade Bios. BIOS (basic input/output system), merupakan atucara yang pertama sekali akan berfungsi apabila PC dihidupkan . Tugas utama BIOS ialah mengendalikan Video card, sound, resolusi, menetapkan nilai yg tepat untuk setiap perkakasan dan banyak lagi tugasnya. Jika anda mahir menggunakan BIOS, lakukan proses upgrade daripada vendor pembuat PC anda. Sperti acer, dell, hp, gigabyte, asus dan lain2. Kelebihannya, pc anda akan lebih stabil dan beroperasi lebih lancar. Pilihan kepada mereka yang tidak mahir mengendalikan BIOS, window yg anda gunakan mempunyai juga fungsi update, lakukan proses update window anda dengan kerap. Jika anda menggunakan Window original sahaja, segala driver, application, sistem dalam window anda akan diupgrade secara automatik. Jika anda menggunakan window Pirate atau tidak original. berhati2 lah, mungkin window akan akan mendapat cenderahati dari Microsoft .
Cukup lah untuk post kali ini 5 teknik melajukan pc anda. saya akan update lagi 5 teknik dalam bahagian 2 siri ini. Tak bagus juga, kalu semua teknik kita “gedebuk” sekaligus berikan kepada pembaca. Nanti ada yang dapat tangkap tapi termuntah balik. kesian pulak. try mana yang sempat dulu ya. Post kali ini agak teknikal kepada mereka yang masih baru lagi mengendalikan komputer. tetapi jangan risau. kemahiran itu dapat daripada pengalaman pertama. So, mulakan langkah anda mencuba pengalaman pertama melakukan perkara teknikal ini. Bila dan biasa anda akan berasa perkara tersebut senang sahaja. Majulah perkomputeran untuk wawasan .
Wassalam
0 comments:
Post a Comment