Subscribe:

Sunday, 30 October 2011

overclock

overclock atau singkatannya oc digunakan untuk meningkatkan keupayaan cpu yang berkuasa 2.2 ghz kepada 2.8ghz~3.8 ghz.overclock ini digunakan oleh golongan profesional dalam bidang komputer untuk meningkatkan keupayaan komputer.seseorang yang ingin mencuba cara ini adalah sesorang yang sanggup menerima risiko kerana cara ini sangat berbahaya.ini kerana ia mampu merosakkan cpu tersebut kerana terlalu panas.bagi mereka yang melakukan oc ini adalah supaya mereka dapat menaik taraf prestasi laptop mereka bagi tujuan tertentu.selalunya bagi yang berjiwa muda,sudah tentu mereka melakukan ini untuk bermain games tanpa ada sekatan.contohnya sekiranya laptop tersebut tidak mampu untuk memain kan permainan video tersebut,tetapi dengan adanya oc,permainan video ini dapat dimainkan.selain itu,ia juga dapt mempercepatkan kita menukar format video dan lagu.ini dapat menjimatkan masa dan wang ringgit kita.walaupun begitu terdapat juga kelemahan oc ini.ia dapat memendekkan jangka hayat komputer tersebut kerana semasa oc dijalankan,cpu akan menjadi panas kerana telah melebihi tahap yang telah di tetapkan oleh kilang.ini merupakan kesan yang besar ketika melakukan oc.walaupun begitu,terdapat juga cara untuk menyejukkan cpu tersebut.terdapat  beberapa cara untuk menyejukkan cpu ketika melakukan oc.

  1. sistem penyejuk thermal
  2. sistem penyejuk cecair
  3. pengunaan liquid nitrogen
  4. penggunaan liquid helium
sistem penyejukkan ini akan disambung didalam topik yang lain.sekian dari saya.terima kasih kerana sudi membaca blog saya. :-)

0 comments:

Post a Comment