Subscribe:

Sunday, 20 November 2011

tip untuk melajukan komputer

5 tip melajukan PC atau Laptop anda 

Assalamualaikum
Salam sejahtera kepada semua peminat teknologi perkomputeran :) . Post kali ini ada di antara anda semua tahu cara melajukan komputer mengikut pengetahuan masing2. Apakata, kali ini saya senaraikan 7 cara atau petua melajukan pc @ laptop anda. Dibawah merupakan antara teknik popular yang selalu di gunakan oleh orang2 kebanyakan macam kita.
  1. Defragment : Fungsi utama defragment ialah menyusun fain mengikut kelasnya. Selalunya fail yang kita simpan di dalam hardisk akan disusun secara rawak dan berterabur. Selepas kita defrag hardisk, segala file yang ada, akan disusun mengikut kelas dan jenisnya. Boleh la juga andaikan seperti, stor rumah kita yang berterabur, apabila kita kemas, akan ada ruang yang boleh ditambah, lebih selesa digunakan. Defragment Tool, mempunyai 2 jenis. Percuma dan berbayar. Tool yang percuma anda boleh aksesnya pada Start-All Program-Accessories-System Tool.  Jika anda boring menggunakan versi yang sedia ada, apakata anda mendownload secara percuma software defrag yang ada di internet.  Antaranya ialah  Defraggler, Auslogics, Mydefrag. Versi berbayar pula, mempunyai lebih banyak fungsi dan pilihan, selain itu ianya lebih laju dalam defrag hardisk anda. antaranya: i-Diskeeper,  ii-Defrag Professional, iii-Perfect Disk 10, iv-Tune Up Utilities. banyak lagi yang boleh anda cari jika gunakan keyword ini (Defrag software). Rajin2 lah Googeling :) .disk keeperTune up Utilities

tip penjagaan komputer


Tip Penjagaan Komputer Riba

Bateri
  • Elak daripada pengunaan bateri dan digalakkan untuk menggunakan kuasa terus dari punca elektrik.
  • Komputer riba lebih sejuk tanpa haba dari bateri.
  • Jika bateri sudah habis di cas, di galakkan menggunakan kuasa dari adapter.
  • Pastikan bateri berada di bawah 10 peratus sebelum di caj semula.
  • Jika terlalu kerap dicas, bateri akan hilang keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 peratus.
Papan Kekunci
  • Letak sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya untuk menghindar papan kekunci dimasuki habuk.
  • Sesekali lapkan papan kekunci dengan perlahan-lahan.
  • Jangan terlalu kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak.
  • Gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan supaya tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di komputer riba.

Add Ons IDM untuk Mozilla Firefox 7

Add Ons IDM untuk Mozilla Firefox 7

pada kali in saya akan membincangkan tentang cara mengintegrasikan add ons IDM untuk Mozilla Firefox 7. Selalunya saya ada terbaca soalan tentang bagaimana cara memasang atau mengintegrasikan add-ons IDM (Internet Download Manager) untuk Mozilla Firefox 7? Atau bagaimana penyelesaian agar add-ons IDM boleh dijalankan di Mozilla Firefox 7? Dan saya ada terjumpa j kenyataan yang menulis bahawa add-ons IDM tidak support di Mozilla Firefox 7. Berdasarkan dari pengalaman tersebut, maka cara untuk mengintegrasikan add-ons IDM dengan Mozilla Firefox 7 atau cara memasang add-ons IDM Mozilla Firefox 7

FUNGSI KAD GRAFIK

Teknologi Kad Grafik

Kad grafik yang menyambungkan papan induk (motherboard) kepada monitor
Monitor merupakan satu antaramuka di mana komputer akan bekomunikasi dengan penggunanya. Kad grafik yang menyambungkan papan induk (motherboard) kepada monitor juga memainkan peranan penting bagi mendapatkan paparan yang menarik.
Ketika komputer peribadi mula popular, sistem bas ISA adalah sistem bas yang digunakan di mana paparan monokrom (satu warna) sahaja boleh didapati dengan menggunakan kad Monochrome Display Adapter (MDA) manakala paparan warna pula menggunakan kad Color Graphics Array (CGA). Paparan CGA hanya boleh memaparkan empat warna sahaja (2 bit data) pada resolusi 320x200 dengan kelajuan 60Hz yang memerlukan 128,000 bit data atau leih kurang 937 kbps.

Kini sistem bas adalah lebih laju dan lancar seperti PCI Peripheral Component Interconnect) dan AGP (Accelerated Graphics Port) telah muncul. Maka paparan grafik yang dihasilkan adalah lebih baik dan jelas. Sistem bas AGP sahajalah yang digunakan untuk mengendalikan aliran data-data grafik daripada papan induk kepada monitor.

fungsi motherboard

Fungsi Motherboard dan Panduan Pemilihan Motherboard
Pengertian Motherboard dan Fungsi Motherboard
Motherboard ataupun mobo ialah papan litar elektronik yang berfungsi untuk menghubungkan semua perkakasan komputer yang dipasang padanya. Dengan kata lain, fungsi motherboard ialah sebagai pusat semua perkakasan komputer agar semua perkakasan komputer dapat berhubung diantara satu sama lain. Sebagai contoh; processor,ram, optical drive, mouse, keyboard, monitor dan semua perkakasan komputer dipasang dan dihubungkan menggunakan motherboard.
Terdapat berbagai-bagai jenama dipasaran contohnya ASUS, Gigabyte, Foxconn, Abit, Biostar dan lain-lain lagi. Harganya pula berbeza mengikut jenama, chipset, built-in ports, built-in graphics, slot dan lain-lain. Terpulang kepada pengguna untuk membeli yang mana sesuai dengan keperluan masing-masing.
Namun, pembeli mestilah peka dengan ciri-ciri “compatible” dan mengikut arus teknologi semasa. Sekiranya pembeli tersilap memilih motherboard yang sesuai, maka pembeli akan menanggung risiko kerugian. Lebih malang lagi sekiranya motherboard tersebut tidak compatible dengan hardware komputer yang lain, maka motherboard tersebut tidak dapat digunakan. Walaupun biasanya motherboard mempunyai jaminan setahun, tetapi kesilapan memilih motherboard tidak termasuk didalam jaminan ini.

Saturday, 19 November 2011

CARA UNTUK MAKSIMUN DAN MENJIMATKAN KUASA BETERI

Tips Memaksimunkan dan Menjimatkan Penggunaan Bateri Laptop


1. Turunkan kecerahan skrin laptop anda. Untuk mengurangkan anda boleh setkan pada menu “brightness” pada laptop anda.



2. Disable keyboard backlighting khususnya untuk produck Macintosh yang mana anda perlu cari menu keyboard tab.




3. tetapkan Energy Saver untuk mengurangkan putaran hardisk. Buka control panel pilih power option dan setkan mengikut keperluan anda



Friday, 18 November 2011

MENGENAL APA ITU CPU

CERITA MENGENAI CPU  

CPU adalah singkatan dari Central Processing Unit, iaitu perkakasan komputer (harware) yang bertugas melaksanakan perintah dan memproses data dari perisian. Sering disebut sebagai pemproses, atau otaknya komputer. CPU itu sendiri adalah komponen dalaman komputer. CPU bentuknya kecil dansegi empat sama, mengandungi beberapa penyambung logam pada bahagian bawahnya untuk dimasukkan terus ke soket CPU pada motherboard. Setiap motherboard hanya menyokong jenis tertentu dari CPU sehingga anda perlu menyemak spesifikasi motherboard sebelum cuba untuk menukar atau mengupgrade CPU.secara umumnya CPU  juga dilekatkan heat sink dan kipas kecil yang dipasang terus di atas CPU untuk membantu menjaga agar tidak terlalu panas.
Komponen CPU


CPU terdiri daripada tiga komponen, iaitu:
- Control Unit, atau Unit Kawalan, bertugas sebagai pusat dari pengendalian komputer iaitu mengambil pelbagai data dan arahan daripada memori untuk diproses, memilih arahan yang berkaitan dengan fungsi logik dan aritmetik dan menghantarnya ke bahagian ALU untuk diproses, mengawasi kerja ALU, mengendalikan alat-alat-alat input output, dan membawa kembali hasil (output) pemprosesan ke memori utama.
- ALU (Arithmetic and Logical Unit), berfungsi melakukan proses pengiraan aritmetik dan logik sesuai dengan Arahan program.
- Register, berfungsi sebagai memori tempat simpanan data atau arahan yang akan diproses. Data dari memori utama (RAM) diambil dan ditempatkan di register, selanjutnya data dari registerlah yang diproses.

kelebihan menggunakan ubuntu berbanding window

Saya telah mencuba beberapa perisian sistem operasi diantaranya windows 98,windows xp, windows vista, linux red hat, dan ubuntu.Saya tidak akan membandingkan linux dengan linux disini dan saya juga tidak begitu gemar membandingkan produk dari syarikat microsoft.

Berdasarkan pengalaman saya yang sedikit dalam penggunaan sistem operasi(OP), saya mendapati ada banyak sebab mengapa anda perlu mencuba sistem operasi ubuntu untuk kompoter anda setidak-tidaknya dengan membuat dual boot bersama windows.Antaranya ialah.

1.Lebih laju.Saya mendapati memproses sesuatu perkara didalam ubuntu lebih laju berbanding dari windows.Kalau dalam windows,komputer yang kita gunakan sering "hang" dan "buat hal, dan kadang-kadang perlu di restart beberapa kali, dalam ubuntu terlalu jarang berlaku perkara sebegitu.Dan jika kita membaca minimun system requirement untuk ubuntu ialah
Ubuntu is available for PC, 64-Bit and Mac architectures. At least 256 MB of RAM is required to run the desktop install CD. Install requires at least 4 GB of disk space.
Sudah tentu aksinya dalan komputer yang lebih bertenaga lebih cemerlang kan?

2.Selamat dari virus.Walaupun terdapat antivirus seperti clamav untuk ubuntu,tetapi saya tidak begitu risau akan keselamatan dari virus mahupun trojan, spyware, malware, worms, dot dot seperti dalam windows..

3.Free.Ya,ini mungkin sebab yang terbesar apalagi pengguna ubuntu mendapat sokongan open source yang menjanjikan software dan update terkini yang free, selamat dan mutu yang setanding software berbayar. Tidak perlu lagi terus menggunakan windows xp cetak rompak yang selalunya dibayangi oleh masalah keberkatan, menggunakan software yang di"crack" yang (oleh kerana tidak berkat selalu dimasuki virus?) tidak boleh diupdate, crack yang selalu mengandungi virus dan spyware, perisian berbayar yang cekik darah dan sebagainya.

4.Senang belajar programming.Bagi yang berkenaan, menggunakan linux lebih mendekatkan anda dengan programming tetapi tidak perlu untuk pandai programming barulah boleh menggunakan sistem linux.

5.Masih boleh menggunakan windows di dalam ubuntu menggunakan wine, virtual box, dan sebagainya.

6.Grafik effect yang power.Ubuntu 7.10 telah dilengkapi dengan compiz fusion iaitu software untuk desktop effect yang membolehkan desktop anda beraksi hebat (bagi komputer yang memiliki grafik card yang laju), 3D desktop, wobbly windows, dan bermacam lagi effect yang mengiurkan seperti ini.
http://www.youtube.com/watch?v=mpGYybWOiCc&feature=player_embedded






7.Desktop themes dan icon yang senang ditukar-tukar.Jika dalam windows kita menggunakan windows blinds, dalam ubuntu pengubah themes sudah disediakan secara default dan kita tidak perlu menginstall software sokongan untuk tujuan yang sama.Hanya perlu mencari themes yang disukai di gnome-look.org dan memasangnya pada desktop kita seperti memasang themes untuk handphone!

8.Dan banyak lagi.Insyaallah saya akan mengulas lanjut tentang kebaikan menggunakan ubuntu berbanding windows.

perkakasan komputer

setiap komputer memerlukan perkakasan supaya ia dapat menjalankan tugasnya dengan baik.perkakasan yang terlibat untuk menjalankan tugasnya adalah seperti berikut:
  1. motherboard(papan utama)
  2. hardisk(untuk menyimpan data)
  3. RAM(untuk menyimpan ingatan yang sedang dijalankan)
  4. graphic card(untuk memaparkan pada monitor )
  5. sound card(untuk mengeluarkan bunyi dari computer)
  6. modem(menyambungkan kepada internet)
 ini adalah perkakasan dalaman yang utama untuk komputer berfungsi.perkakasan yang luara pula adalah seperti:-
  1.  monitor
  2. pembesar suara
  3. keyboard
  4. mouse
  5. mesin pencetak
alat bertujuan digunakan supaya kita boleh memasukkan data dan komputer boleh memaparkan data.

open source(sumber terbuka)

assamualaikum & salam sejahtera
pada kali ini saya ingin menulis tentang software yang boleh didapati secara percuma.seperti yang kita tahu,kebanyakkan software perlu dibayar.contohnya pengeluar terbesar iaitu microsoft.harga yang dijual adalah sangat mahal kerana kebanyakkannnya menggunakan nilai mata wang us dollar..disini saya ingin menunjukkan software yang boleh digunakan bagi menggantikan software yang perlu dibayar ini.

sistem operasi
window merupakan pengeluar window yang terbesar.tetapi ia boleh digantikan dengan sistem operasi yang lain seperti linux,ubuntu.

word processing
word processing yang selalu kita gunakan adalah seperti word,excel,powerpoint.memandangkan harganya yang terlalu mahal jika kata membeli perisian yang original,kita boleh menggantikan dengan perisian yang lain iaitu open office.ia boleh digunakan untuk menggantikan microsoft office.cara penggunaannya juga adalah sama seperti microsoft office.jadi bagi sesiapa yang ingin menggunakan secara percuma,boleh la download di link ini http://www.openoffice.org/


edit grafik
GIMP merupakan salah satu software untuk mengedit gambar yang boleh didapati secara percuma.fungsinya adalah lebih kurang sama dengan adobe photoshop.tetapi untuk memilikinya kita perlu membeli software tersebut dengan harga melebihi ratusan ringgit.untuk menjimatkan wang kita.bolehlah sekiranya kita berubah menggunakan GIMP kerana semua orang mampu untuk memilikinya.

edit audio
untuk mengedit audio,kita boleh menggunakan software audacity.software ini membenarkan kita untuk mengidit lagu,memasukkan suara, dan memendekkan lagu.audacity ini boleh dibandingkan dengan software yang terkenal iaitu sony sound forge,adobe soundbooth kerana audacity yang terbaru,boleh menyamai fungsi yang software-software tersebut.tetapi beza diantara kedua software ini adalah audacity adalah open source dan sound forge adalah close source.

sekatat ini sahaja ulasan saya tentang tentang software dari sumber yang terbuka.tggu ulasan yang seterusnya seperti software antivirus,edit video dan bermacam lagi.disini saya akan list software open source dan close  source.


Sumber terbuka
Sumber tertutup
System operasi
Linux,ubuntu,solaris
Window,machintos
Pemproses dokumen
Open office
Microsoft ofice
Gambar
GIMP
Photoshop
Audio
Audacity
Sony sound forge,soundbooth
Video
Render
Adobe primier,sony vegas

Sunday, 30 October 2011

overclock

overclock atau singkatannya oc digunakan untuk meningkatkan keupayaan cpu yang berkuasa 2.2 ghz kepada 2.8ghz~3.8 ghz.overclock ini digunakan oleh golongan profesional dalam bidang komputer untuk meningkatkan keupayaan komputer.seseorang yang ingin mencuba cara ini adalah sesorang yang sanggup menerima risiko kerana cara ini sangat berbahaya.ini kerana ia mampu merosakkan cpu tersebut kerana terlalu panas.bagi mereka yang melakukan oc ini adalah supaya mereka dapat menaik taraf prestasi laptop mereka bagi tujuan tertentu.selalunya bagi yang berjiwa muda,sudah tentu mereka melakukan ini untuk bermain games tanpa ada sekatan.contohnya sekiranya laptop tersebut tidak mampu untuk memain kan permainan video tersebut,tetapi dengan adanya oc,permainan video ini dapat dimainkan.selain itu,ia juga dapt mempercepatkan kita menukar format video dan lagu.ini dapat menjimatkan masa dan wang ringgit kita.walaupun begitu terdapat juga kelemahan oc ini.ia dapat memendekkan jangka hayat komputer tersebut kerana semasa oc dijalankan,cpu akan menjadi panas kerana telah melebihi tahap yang telah di tetapkan oleh kilang.ini merupakan kesan yang besar ketika melakukan oc.walaupun begitu,terdapat juga cara untuk menyejukkan cpu tersebut.terdapat  beberapa cara untuk menyejukkan cpu ketika melakukan oc.

  1. sistem penyejuk thermal
  2. sistem penyejuk cecair
  3. pengunaan liquid nitrogen
  4. penggunaan liquid helium
sistem penyejukkan ini akan disambung didalam topik yang lain.sekian dari saya.terima kasih kerana sudi membaca blog saya. :-)

Ketahui Suhu laptop anda

CPU adalah komponen yang teramat penting diperlukan oleh komputer mahu pun laptop untuk memproses segala arahan dan semua aktiviti..
CPU (Central Processing Unit) adalah pekerja yang utama dalam papan induk komputer anda (motherboard) dimana ianya sentiasa bekerja & memproses walaupun anda sekadar membuka paparan desktop...

jika processor tersebut terberhenti bermakna komputer anda terus tertutup dengan sendiri dan jika processor mengalami sedikit masalah apabila sedang memproses atau pun jumlah core cpu yg telah digunakan dengan sepenuhnya, waktu itu komputer anda menjadi lembap disebabkan proses yg keterlaluan sehinggakan boleh menyebabkan mouse anda tersekat atau pon yang lebih TERUK terus langsung tak bergerak...

ok.. entri yg sepatutnya adalah cara ketahui suhu CPU anda...
cpu akan panas jika komputer digunakan terlalu lama. disebabkan pada bahagian motherboard anda terdpat kipas untuk cpu malah kurang lah tahap kepanasan.. tahap kepanasan yg teruk akan menyebabkan cpu rosak..
bagi pengguna laptop anda disarankan supaya menggunakan cooler fan/kipas penyejuk untuk mengawal thap kepnasan laptop anda... lebih elok lagi jika rumah anda menggunakan aircon.. ini akan mengurangkan lagi suhu cpu anda & menjaminkan lagi jangka hayatnya..ok.berbalik pada tajuk tadi,saya akan menerangkan cara-cara untuk mungetahui suhu laptop anda.
cara yang paling mudah adalah sekiranya anda menggunakan window7,anda hanya perlu memuat turun gadjet yang direka untuk mengetahui suhu hardisk,processor dan grafik kad.selain itu,cara yang kedua pula adalah dengan anda meggunakan perisian speed fan.dengan software ini.anda akan dapat megetahui suhu yang  terdapat pada laptop anda.perisiaan ini boleh didapati secara percuma di laman web http://www.almico.com/speedfan.php